Selasa, 1 Januari 2019

Al-Imran Ayat 78

3.3.78 
Juz:
3,Surah:3.  
Surah 3, Ayat 78:

.
Ringkasan tafsir;
Lanjutan dari ayat diatas (3.3.77), ada sekumpulan dari ahli kitab yang sangat memusuhi Nabi Muhammad, telah memutar belit lidah mereka dan membaca isi kitab dengan mencampurkan tulisan dari tangan mereka itu lalu mendakwa kepada orang ramai itulah Taurat, pelbagai cara mereka mengubah ayat Allah, dengan mengubah isi kitab itu sendiri serta memutarbalikkan makna dari yang benar kepada yang salah.
Sebenarnya apa yang mereka katakan itu adalah dusta belaka, dan sekali lagi Allah mencatatkan mereka itu adalah sebagai pendusta yang membuat dusta dengan segaja dan bukanlah kerana tersalah atau tersilap.

.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3   
Terjemahan,
71~80,
[GS]  https://sites.google.com/site/tammpaj/16/1 
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8