Ahad, 30 Disember 2018

Al-Imran Ayat 73

3.3.73   
Juz:3,Surah:3. 
Surah 3, Ayat 73:


 .
Ringkasan tafsir;

Bersambung dari ayat diatas (3.3.72), Walau pun mereka telah kecewa dan gagal dengan dakyah mereka kepada Mukmin, namun tetap berdegil dan busuk hatinya dengan menghasut pula dikalangan sesama mereka supaya jangan masuk Islam, seperti digambarkan oleh Allah dalam ayat ini.

Mereka berkata sesama mereka “janganlah kamu percaya melainkan kepada orang mengikut agama kamu”, dan Allah menyeru kepada Muhammad supaya berkata “...bahawa sebenar-benar petunjuk itu ialah petunjuk Allah”.

Mereka berkata lagi, “janganlah kamu percaya akan ada pula orang yang mendapat sebagaimana yang kamu dapat, atau dikalahkannya kamu pada sisi tuhan kamu”, dan Allah menyeru kepada Muhammad supaya berkata lagi “bahawa kurnia itu ditangan Allah , diberi oleh Allah kepada siapa dikehendaki Allah, dan Allah luas kurnia lagi mengetahui”.

Maksud ayat ini ialah, kebangkitan Nabi itu adalah merupakan  kelebihan kurnia dari Allah  kepada sesiapa yang dikehendaki Nya, yang diberi kepada sesiapa yang layak mengikut pengetahuan dan kuasa Allah.

Ayat berikut pula dengan jelas menyatakan maksudnya (lihat 3.3.74).

.
[previous] [next] [home]  

.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan,
71~80,
[GS]  https://sites.google.com/site/tammpaj/16/1 
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8