3.3.73
Juz:3,Surah:3. Surah 3, Ayat 73:
.
Ringkasan tafsir;
Bersambung
dari ayat diatas (3.3.72), Walau pun mereka telah kecewa dan gagal dengan
dakyah mereka kepada Mukmin, namun tetap berdegil dan busuk hatinya dengan
menghasut pula dikalangan sesama mereka supaya jangan masuk Islam, seperti
digambarkan oleh Allah dalam ayat ini.
Mereka
berkata sesama mereka “janganlah kamu percaya melainkan kepada orang mengikut
agama kamu”, dan Allah menyeru kepada Muhammad supaya berkata “...bahawa
sebenar-benar petunjuk itu ialah petunjuk Allah”.
Mereka
berkata lagi, “janganlah kamu percaya akan ada pula orang yang mendapat
sebagaimana yang kamu dapat, atau dikalahkannya kamu pada sisi tuhan kamu”, dan
Allah menyeru kepada Muhammad supaya berkata lagi “bahawa kurnia itu ditangan
Allah , diberi oleh Allah kepada siapa dikehendaki Allah, dan Allah luas kurnia
lagi mengetahui”.
Maksud
ayat ini ialah, kebangkitan Nabi itu adalah merupakan kelebihan kurnia dari Allah kepada sesiapa yang dikehendaki Nya, yang
diberi kepada sesiapa yang layak mengikut pengetahuan dan kuasa Allah.
Ayat
berikut pula dengan jelas menyatakan maksudnya (lihat 3.3.74).
.
[previous] [next] [home] [Jawi]
.
[previous] [next] [home] [Jawi]
.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk3, Surah3
Terjemahan, 71~80,
[GS] https://sites.google.com/site/tammpaj/16/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8
.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk3, Surah3
Terjemahan, 71~80,
[GS] https://sites.google.com/site/tammpaj/16/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8
.
via,
jun.knajid@gmail.com
(BS; jun.knajid.mencari@blogger.com)
jun.knajid@gmail.com
(BS; jun.knajid.mencari@blogger.com)